BM | EN | 中文

Bersedia berdepan dengan situasi ini bagi tempoh lebih lama – Muhyiddin

perutusan-khas-pm-muhyiddin-yasssin-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 APR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Ia termasuk kemungkinan kepada pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain kehidupan orang ramai tidak lagi boleh kembali seperti sebelum ini.

“Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama.

Advertisement

“Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus.

“Selagi virus ini masih ada, amalan penjarakan sosial mesti diteruskan. Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan diri. Elakkan sebarang perhimpunan. Hindari tempat yang sesak,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas hari ini.

Tambahnya, menjelang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, orang ramai tidak boleh ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih.

Advertisement

“Jadi berterawihlah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa. Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top