BM | EN | 中文

Bersatu, Umno pecat Adun Melaka tarik sokongan KM

4-adun-melaka.jpeg

Gambar Ehsan mediarania.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin mengumumkan keputusan biro politik itu memecat wakil rakyat parti itu yang terlibat menarik diri daripada menyokong ketua menteri itu.

Beliau turut menyatakan kesal dengan tindakan empat Adun Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali sehingga membawa kepada pembubaran DUN Melaka ketika rakyat sedang berhadapan pandemik Covid-19.

“Biro Politik Bersatu juga telah membuat ketetapan bahawa Adun Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad gugur keahliannya secara serta-merta di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu.

Advertisement

“Ketetapan ini akan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan datang,” katanya, lapor Malaysiakini.

Hamzah juga berkata Biro Politik Bersatu berpendapat kemelut politik di Melaka berpunca daripada masalah dalaman parti politik tertentu.

“Ianya bertambah parah apabila terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan tanpa memikirkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara pada ketika ini yang masih di peringkat awal proses pemulihan.

Advertisement

“Biro Politik Bersatu berpendirian bahawa kemelut politik di negeri Melaka perlu diselesaikan mengikut lunas Perlembagaan Negeri Melaka dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambilkira kepentingan rakyat,” katanya lagi.

Selain Noor Effandi, Adun yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman Md Ali pada Isnin lepas ialah Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) dan Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Sementara itu Malay Mail melaporkan, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengesahkan pemecatan Idris dan Nor Azman.

Advertisement

Semalam, Nor Azman memohon maaf kepada rakyat Melaka berhubung peranannya sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Idris pula berkata sekiranya parti itu ingin mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka, mereka mesti diberi hak untuk mempertahankan diri.

Katanya, kepimpinan Umno tidak pernah menghubungi dia dan Nor Azman untuk mengetahui mengapa mereka tidak berpuas hati.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top