BM | EN | 中文

BERSATU TEKAD TERUS BANTU PENDUDUK TANJUNG PIAI

IMG-20191114-WA0008.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 14 NOV: Bersatu bertekad untuk meneruskan pendekatan yang digunakan penyandang Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik bagi mengenalpasti dan menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Azlinda Abd Latif memberitahu, pendekatan turun padang iaitu kunjung terus dari rumah ke rumah yang dilakukan Allahyarham merupakan salah satu cara untuk memahami kesusahan yang dihadapi oleh golongan sasaran.

Advertisement

Katanya, pihaknya sedar tentang keadaan demografi Tanjung Piai yang terbatas dari segi kemudahan kesihatan serta capaian internet kurang memuaskan.

“Kebanyakan mereka terdiri dari golongan warga emas tidak tahu menggunakan internet, maka dengan cara yang digunakan arwah, kita dapat membantu menghubungkan golongan sasaran dengan bantuan E-Kasih, E-Salam serta pelbagai saluran lagi.

“Kita tidak boleh harapkan mereka (golongan warga emas) untuk daftar secara dalam talian dan datang ke pejabat atas kekangan yang mereka hadapi.

Advertisement

“Jadi, dengan cara kunjung terus dari rumah ke rumah kita dapat kenal lebih dekat dan memahami kesusahan yang mereka hadapi,” katanya.

Azlinda yang juga Bendahari Exco Srikandi Bersatu berkata, ketika hayatnya, arwah Dr Farid melalui pegawainya sentiasa bertandang ke rumah penduduk di kawasannya untuk memahami kesukaran yang dialami.

“Pegawainya terus bertandang untuk menyalurkan bantuan dan mendaftarkan golongan asnaf dengan saluran supaya mereka dapat disalurkan bantuan,” katanya lagi.

Advertisement

Terdahulu, beliau menyempurnakan Program Ziarah Rumah Asnaf di Kukup, di sini, membabitkan empat keluarga dalam kalangan yang memerlukan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top