BM | EN | 中文

Bersatu Simpang Renggam tolak lantikan Muhyiddin ganti Dr Maszlee

Maszlee-Malik-PPBM-Bersatu-Simpang-Renggam.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KLUANG, 7 JUN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Simpang Renggam menolak pelantikan pemangku pengerusi bahagian oleh Presidennya, Muhyiddin Yassin bagi menggantikan Dr Maszlee Malik.

Media melaporkan kenyataan itu semalam yang ditandatangan 19 AJK bahagian dan berkata penyampaian watikah kepada Timbalan Pengerusi bahagian, A’zman Mohd Umar sebagai pemangku yang dilapor pada 5 Jun lalu adalah tidak sah.

Menurut mereka, Dr Maszlee adalah ketua bahagian yang sah mengikut perlembagaan parti.

Advertisement

“Beliau (Maszlee) bukanlah ketua bahagian penaja, tetapi telah menang dalam pemilihan ketua bahagian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti sendiri,” kata mereka.

Tambahnya, Maszlee juga masih ahli yang sah kerana pemecatan beliau atau apa yang dikatakan terhenti keahlian serta merta adalah tidak sah kerana tidak berlandaskan perlembagaan parti.

Antara yang menandatangani kenyataan itu adalah Naib Pengerusi Bersatu bahagian Simpang Renggam, Sidek Ariffin; Ketua Pemudanya, Azri Hassan dan Ketua Wanitanya Faridah Jemali.

Advertisement

Bersatu Simpang Renggam juga menyatakan taat setia kepada Maszlee dan Tun Mahathir untuk “mengembalikan maruah parti yang telah dirobek.”

“Kami tidak akan sesekali membenarkan sebarang usaha untuk memecah belahkan kesatuan kami akar umbi Bersatu Simpang Renggam,” kata mereka.

BACA: “Anak muda hilang kerja, apa Exco Belia Johor buat?

Advertisement

Bersatu sebelum ini mengumumkan Maszlee digugur keahlian bersama pengerusi yang dipertikai jawatannya, Dr Mahatir Mohamad dan tiga lain selepas duduk bersama pembangkang pada sidang Dewan Rakyat 18 Mei lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top