BM | EN | 中文

Bersatu sertai MN, jangan ada makna tersirat – Kata Pemuda Umno Johor kepada Muhyiddin

Bersatu-sertai-MN-jangan-ada-makna-tersirat-Kata-Pemuda-Umno-Johor-kepada-Muhyiddin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Jangan ada makna tersirat atau tersembunyi di sebalik keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Muafakat Nasional, kata Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

Kenyataan Mohd Hairi itu dipercayai merujuk kepada Muhyiddin Yassin, susulan kenyataan Presiden Bersatu bahawa Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar yang disokong Muafakat Nasional (MN).

Sebaliknya kata Mohd Hairi, PN adalah gabungan interim atau sementara yang dibentuk untuk menyelamatkan negara selepas pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bertahan selepas 22 bulan.

Advertisement

“Itu faktor utama PN dibentuk. Ia bukan gabungan rasmi atau yang terbesar di negara ini.

“Apa maksud Muhyiddin yang mendokong PN sebagai gabungan besar? soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin pada 15 Ogos mengumumkan Majlis Tertinggi parti itu bersetuju menyertai MN dan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Advertisement

Kata Muhyiddin, ​Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendokong Perikatan Nasional sebagai gabungan besar atau “the grand coalition”.

Tambah Mohd Hairi lagi, UMNO telah membuat keputusan tidak menyertai PN jika gabungan itu didaftarkan untuk menghadapi PRU-15, sebaliknya fokus UMNO adalah terus memperkasa MN.

“Parti Bersatu ingin menyertai MN tetapi biarlah MN selepas ini menjadi satu gabungan besar untuk menerajui tanah air tercinta ini.

Advertisement

“Saya hanya ingin mengingatkan. Jangan lebih sudu dari kuah harapnya.

“Berhati-hatilah dan juga bersifat adillah supaya jangan nanti, yang dikejar pun tak dapat, yang dikendung pula keciciran,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top