BM | EN | 中文

Bersatu Pontian sokong Tun Dr Mahathir

PPBM-bersatu-pontian-sokong-Tun.jpg
Advertisement

PONTIAN, 30 MEI: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pontian, Johor menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pendirian itu disuarakan oleh Ketua Bersatu Bahagian Pontian, Senator Datuk Isa Ab Hamid bersama Timbalan Ketua Bahagian, Mat Haruzaman Ahmad, Naib Ketua Bahagian, Hairul Azwani Abd Karim bersama ahli jawatankuasa bahagian yang lain.

“Saya ingin berkongsi disini, dapatan kajian kami bahawa 91 peratus ahli jawatakuasa kita telah melihat konflik kepimpinan ini untuk menyokong Tun, 4.5 peratus menyokong Tan Sri (Muhyiddin Yassin) dan 4.5 peratus berkecuali.

Advertisement

“Sidang (media) ini ingin menyatakan, kami kepimpinan akar umbi bahagian Pontian menyatakan sokongan kepada Tun, empat ahli parlimen berdasarkan kajian akar umbi dan menjelaskan hala tuju (Bersatu) bahagian Pontian.

“Kami berharap pandangan kami dihormati, bukan untuk dihina, dikutuk di peringkat bahagian, bahagian-bahagian dan negeri,” kata Isa.

Menurut beliau, sayap-sayap dan ahli jawatankuasa Bersatu bahagian Pontian telah memberikan pandangan msing-masing melalui kaji selidik yang dijalankan bahagian itu.

Advertisement

Kata Isa kajian itu turut mendapati 67 peratus ketua-ketua cawangan bahagian menyokong Tun Dr Mahathir, 33 peratus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambahnya lapan cawangan Bersatu dalam bahagian Pontian telah menyatakan pendirian, manakala empat lagi belum berbuat demikian.

Bagi sayap pemuda Armada, tujuh peratus menyokong Tun Dr Mahathir dan 93 peratus Tan Srii Muhyiddin Yassin.

Advertisement

Manakala bagi Srikandi bahagian Pontian, 76 peratus menyokong Tun Dr Mahathir, 14 peratus menyokong Tan Srii Muhyiddin Yassin dan sepuluh peratus mengambil sikap berkecuali.

“Saya melihat perkara ini sepatutnya tidak berlaku dalam keadaan pandemik Covid-19 dan sedang menangani isu PKP (perintah kawalan pergerakan) bagaimana kita hendak menyediakan satu platform mengurus negara pasca Covid-19.

“Isu pemecatan dan pemberhentian telah menjurangi dan meningkatkan perselisihan pendapat diantara pimpinan bahagian dan negeri.

Advertisement

“Kita merasa kesal dan dukacita. Perkara ini telah menyebabkan ahli di peringkat cawangan dan bahagian, timbul beberapa kekeliruan,” katanya lagi.

Dalam pada itu kata Isa, isu pemberhentian dan surat yang dikeluarkan oleh setiauasaha kerja Bersatu kepada Tun Dr Mahathir dan empat ahli parlimen yang lain adalah subjektif.

“Sepatutnya ahli-ahli parlimen ini dipanggil ke lembaga tatatertib dan diberi ruang untuk membela diri. Ini seolah-olah suatu tindakan sepihak tanpa melihat kepada pembelaan dan keputusan lembaga disiplin,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top