BM | EN | 中文

Bersatu pecat ahli parlimen Sri Gading

shahruddin-salleh-sri-gading.png
Advertisement

BATU PAHAT, 20 JUL: Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh dipecat keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menurut Setiusaha Agung parti itu, Hamzah Zainudin.

Dalam kenyataan media semalam Hamzah berkata, Bersatu mengambil tindakan sedemikian berikutan notis pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkaitan kedudukan kerusi Dr Sharuddin yang tidak bersama blok kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Oleh yang demikian, adalah dimaklumkan bahawa keahlian beliau (Sharuddin) terhenti secara serta merta menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu,” kata kenyataan itu.

Advertisement

Dr Sharuddin merupakan timbalan menteri kerja raya yang dilantik Muhyiddin selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan bertindak meletak jawatan itu pada awal bulan lalu.

Beliau kemudiannya berkata, melakukan ijtihad politik kurang tepat dengan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Peletakan jawatan beliau itu dibuat ketika pergolakan kepimpinan Bersatu antara Muhyiddin dengan bekas pengerusinya Dr Mahathir Mohamad yang juga dipecat daripada parti itu sebelum ini.

Advertisement

Selain Dr Sharuddin, empat lagi ahli parlimen Bersatu yang terhenti keahlian mereka dengan tiga daripadanya, ahli parlimen dari Johor.

Mereka adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi),Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top