BM | EN | 中文

Bersatu Johor tidak melulu mahu bubar DUN terbubar

Screenshot_20200107-1847522.png

Mohd Solihan

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 16 NOV: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor tidak akan bertindak melulu supaya menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri tersebut.

Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri berkata, mereka tidak akan bertindak melulu sebaliknya sebarang keputusan dibuat mengikut kebaikan jangka masa panjang, bukan berdasarkan emosi atau provokasi.

Exco Kerja Raya, Pembangunan dan Infrastruktur Negeri Johor itu berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu Johor masih memilih untuk tidak mahu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berlaku.

Advertisement

“Kami memikirkan kesejahteraan rakyat. Fikir panjang, sekurang-kurangnya sehingga tiba Pilihan Raya Umum,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Sesi Roadshow Pasca RMK-12 di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini, Ahad lalu.

Pada 12 November lalu, Tan Sri Shahrir Samad yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru menerusi hantaran dalam Facebook miliknya menulis, UMNO Johor bersedia menghadapi PRN jika PN mahu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri itu.

Advertisement

Sehari selepas itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan veteran UMNO itu sebagai ‘tidak bertanggungjawab’ kerana mencabarnya mengarahkan ADUN Bersatu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Johor yang diketuai UMNO.

Muhyiddin yang menyifatkan kenyataan Shahrir itu berniat jahat berkata, beliau boleh menyahut cabaran Shahrir itu dengan hanya menekan ‘satu butang’ dan kerajaan Johor akan jatuh.

Komen bekas Perdana Menteri itu dijawab Shahrir menerusi Facebook miliknya pada Ahad dengan berkata, pembubaran Dewan Rakyat mahupun DUN perlu mengikut Perlembagaan dan bukan semudah ‘tekan butang’ sahaja.

Advertisement

Mengulas lanjut, Mohd Solihan berkata, tindakan Shahrir yang memprovokasi Muhyiddin turut tidak disenangi segelintir ahli UMNO dan perkara itu disampaikan kepada pihaknya terutama berhubung pertikaian kedua-dua pemimpin politik veteran berkenaan.

Mohd Solihan yang juga ADUN Tenang mendakwa, tindakan Shahrir adalah kerana tidak mempunyai sebarang jawatan sebaliknya hanya mahu menonjolkan diri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top