BM | EN | 中文

Bersatu Johor sokong Hasni, walaupun beliau dari UMNO – Adun Permas

Datuk-Che-Zakaria-Mohd.-Salleh-Adun-Permas.jpg

Adun Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh (Gambar Ehsan The Star)

JOHOR BAHRU, 23 DIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan memastikan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Hasni Mohammad kekal utuh susulan kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian, kelmarin.

ADUN Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh berkata, wakil rakyat Bersatu Johor terus menyokong kepemimpinan Hasni sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Utusan Online melaporkan Che Zakaria sebagai berkata, tumpuan ketika ini seharusnya kepada usaha membantu rakyat di negeri ini yang diramal berdepan risiko banjir ekoran Monsun Timur Laut.

“Kita akan terus sokong Hasni menerajui negeri ini kerana beliau adalah Menteri Besar Johor yang baik dan dekat di hati rakyat, senang bekerjasama walaupun beliau daripada UMNO. Kita tidak ada masalah dan berpuas hati dengan khidmatnya.

“Sokongan ini juga bagi menjaga kestabilan politik di Johor agar tidak terkesan dan kerajaan negeri boleh menumpukan perhatian untuk membantu rakyat dalam keadaan Covid-19 dan persediaan menghadapi banjir,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Taman Bukit Dahlia di sini hari ini.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top