BM | EN | 中文

“Bersatu Johor perlu memilih, menikus dibawah UMNO atau ambil langkah berani”

ppbm-vs-umno.png
Advertisement

KLUANG, 9 OGOS: Sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyokong atau menyertai parti baharu Tun Dr Mahathir dan berkerjasama semula dengan Pakatan Harapan.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, dengan itu Bersatu Johor boleh kembali memainkan peranan lebih signifikan dalam kerajaan negeri sepertimana diamanahkan oleh rakyat dalam PRU14 lalu.

“Hal ini tergantung pada kebijaksanaan dan iltizam rakan-rakan Bersatu Johor untuk memilih.

Advertisement

“Samada terus menikus dibawah kuasa UMNO Johor atau mengambil langkah berani bermaruah untuk menjunjung mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kerjasama UMNO dan PAS di Johor melalui Muafakat Nasional menjadikan Bersatu seolah-olah tidak wujud meskipun setelah kerajaan PH tumbang Februari lalu.

“Walaupun Perikatan Nasional (PN) di peringkat persekutuan diterajui Presiden Bersatu realiti yang berlaku di Johor adalah sebaliknya.

Advertisement

“Beberapa ADUN Bersatu diangkat menjadi Exco dalam kerajaan negeri. Hakikat di peringkat akar umbi adalah indah khabar dari rupa.

“Jika disemak, tidak ada gerak kerja parti yang melibatkan Bersatu di peringkat bahagian apatah lagi cawangan. Ambil contoh di bahagian Ayer Hitam semasa program AidilAdha.

“YAB Datuk Hasni (MB Johor) turun ke DUN Semarang dan melaksanakan program Aidiladha bersama akar umbi UMNO dan PAS sahaja. Bersatu tidak dijemput.

Advertisement

“Pada masa yang sama, Bersatu pula menjalankan aktiviti secara berasingan. Perikatan Nasional hanya wujud di Johor ketika majlis rasmi kerajaan.

“Pada ketika ini sahajalah, pemimpin UMNO dan Bersatu dilihat duduk semeja dan bersama-sama dalam acara,” katanya.

Justeru itu kata Sheikh Umar, tidak keterlaluan dikatakan bahawa Bersatu tidak dilayan ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dalam kerajaan PN Johor meskipun presidennya menjawat jawatan nombor satu di peringkat persekutuan.

Advertisement

“Bersatu gagal memainkan peranannya secara maksimum kecuali sekadar menjadi tongkat demi mengukuhkan kerajaan pimpinan UMNO di Johor,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top