BM | EN | 中文

Bersatu hanya tempah kekalahan jika tanding dalam parlimen Pulai – Nur Jazlan

Nur-Jazlan-Mohamed-.jpg

Nur Jazlan (Gambar Ehsan Borneo Post)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 OGOS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya menempah kekalahan jika parti itu bertanding dalam mana-mana kawasan dalam Parlimen Pulai pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pada pilihanraya umum (PRU) ke-14, Bersatu hanya menumpang tuah pengaruh Pakatan Harapan (PH).

“Kalau Bersatu hendak kerusi ini (Dewan Undangan Negeri Kempas) pun, mereka boleh menempah kekalahan.

Advertisement

“Di Kempas walaupun undi Melayu 55 peratus, belum cukup undi bagi Bersatu menang. Tidak kira lagi kalau ada protes atau calon bebas.

“Silap-silap calon PH boleh menang dengan letak calon Melayu daripada Amanah dan PKR,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Nur Jazlan, Bersatu pernah menumpang jentera PH dan mungkin berlaku lagi kepada UMNO pada pilihan raya umum akan datang.

Advertisement

“Tetapi situasi berbeza dengan Pas, parti itu ada kesefahaman dengan kita (UMNO) menerusi Piagam Muafakat Nasional (MN).

“Pas diakui dan dilihat ada kekuatan serta jentera. Bersatu tiada, ini sebab orang UMNOtidak boleh terima Bersatu,” katanya, seperti dilaporkan kelmarin.

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sebelum ini mencabar Nur Jazlan untuk bertanding di kerusi parlimen Pulai pada pilihanraya umum (PRU) ke-15.

Advertisement

Beliau mengulas kenyataan Nur Jazlan terhadap Bersatu Johor dengan menyatakan hubungan UMNO dengan parti itu rapuh terutama melibatkan formula agihan kerusi.

Osman turut menjangkakan Nur Jazlan akan kalah sekali lagi jika mencuba nasib di kerusi Parlimen Pulai berdasarkan jumlah undi diterimanya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top