BM | EN | 中文

Bersatu Ayer Hitam isytihar sokong Tun M

ppbm-bersatu-bahagian-ayer-hitam-sokong-Tun-M.jpg
Advertisement

AYER HITAM, 13 JUL: Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ayer Hitam hari ini menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengasas Bersatu Ayer Hitam, Ahmad Mustaffa Shah Balhtiar Shah berkata pihaknya mengecam tindakan pimpinan pusat parti itu yang memecat bekas Perdana Menteri itu serta menolak keras tindakan sama keatas empat ahli parlimen Bersatu yang lain.

Selain Tun Dr Mahathir, empat yang lain adalah Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) dan Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam).

Advertisement

Manakala keahlian Bersatu ahli parlimen Sri Gading Datuk Seri Dr Shahruddin Md Salleh tidak jelas berikutan tindakannya melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya dan meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Dr Shahruddin bagaimanapun duduk di blok bebas pada sidang parlimen yang bermula hari ini.

Ahmad Mustaffa

Ahmad Mustaffa berkata, perkara tersebut tidak mengikit perlembagaan parti justeru menolak dengan keras pemecatan tersebut.

Advertisement

“Kami juga menyokong dengan sepenuhnya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu Malaysia yang telah menang tanpa bertanding sebelum ini.

“Pemecatan Tun Dr Mahathir berserta empat yang lain adalah tidak sah kerana surat yang dikeluarkan ditandatangan oleh Setiausha Kerja Bersatu bukan daripada President Parti,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu beliau yang merupakan Ketua Armada Penaja Ayer Hitam berasa kecewa dengan keadaan partinya hari ini.

Advertisement

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Serudin Soud memuji kelantangan Mustaffa.

Serudin Soud

Katanya, sebagai pemuda mereka harus menunjukkan sikap, menegakkan kebenaran dan mandat rakyat yang dirosakkan sesetengah pihak perlu dikembalikan.

“Tindakan Mustaffa boleh dipuji dan ia sebagai pendirian serta suara akar umbi Bersatu yang berani menyatakan prinsip. Kami menyokong tindakan berani dari pemuda seperti ini.

Advertisement

“Kita mahukan ramai lagi pemuda yang tampil serta berani memberikan pandangan demi kebenaran dibseluruh negeri ini agar suara rakyat yang jitu dapat dijelmakan,” ujarnya ketika dihubungi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top