BM | EN | 中文

Bersatu akan jadi ‘mangsa’ jika PRU dalam masa terdekat

Umno_Bersatu_Pas.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 25 JUL: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat akan ‘menjadi mangsa’ sekiranya pilihanraya umum (PRU) diadakan dalam masa terdekat.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Abdul Hamid Jamah berkata Bersatu akan dibuli parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN).

Katanya, Bersatu adalah sebuah parti baharu dan tidak mempunyai akar umbi yang kuat berbanding Umno dan Pas sebagai parti komponen PN.

Advertisement

Abdul Hamid Jamah

“Kita maklum Bersatu pastinya akan dibuli oleh kawan mereka, kerana kerusi yang ditandingi Bersatu kebanyakannya adalah kerusi yang sama ditandingi Umno dan Pas sebelum ini.

“’Survival’ Bersatu pastinya tidak dapat digerakkan dengan baik sekiranya parti muda itu mengambil langkah untuk bersama PN dalam pilihanraya akan datang.

“Hakikatnya, Umno dan Pas sehingga hari ini hanya mahu mempergunakan atau menjadikan Bersatu sebagai alat mereka untuk berkuasa, bukan sebagai rakan dalam PN.

Advertisement

“Contoh yang kita boleh ambil adalah parlimen Sri Gading yang sebelum ini ditandingi Bersatu yang menentang Umno dan Pas, pastinya akan menjadi rebutan tiga parti itu.

“Umno sudah semestinya mahukan kerusi berkenaan kerana akar umbi mereka kuat di situ. Pasti Bersatu akan tersingkir,” katanya.

Hamid turut menjangkakan berlaku pepecahan dalam kalangan PN, memandangkan terdapat usaha dari kalangan komponen PN untuk mengemudi kerajaan.

Advertisement

Katanya, gabungan itu rapuh kerana parti di dalam PN tidak konsisten dalam menyatakan hasrat kebersamaan dalam kalangan mereka.

“Lihat hari ini apa yang terjadi di antara mereka yang mendakwa serta mempertikaikan antara satu sama lain. Keberlangsungan PN hanya untuk meraih kuasa sementara sebelum PRU ke-15.

“Bersatu di bawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadapi cabaran untuk merebut kerusi ‘boleh menang’ dan Bersatu akan kehilangan kerusi yang banyak serta menjadi parti yang paling lemah di dalam PN.

Advertisement

“Bersatu harus memikirkan soal ‘survival’ politik mereka. Di Johor, Bersatu sememangnya hanya menjadi alat, tidak lebih dari itu,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top