BM | EN | 中文

Bersama melawan rokok

merokokkkk.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 JAN: Setelah larangan menghisap rokok dan vape di premis makanan dikuatkuasakan, dilaporkan beberapa individu telah didenda atas kesalahan terbabit.

Larangan merokok di premis makanan ini dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2020 setelah tempoh pendidikan selama setahun bermula 1 Januari 2019.

Menurut laman twitter rasmi Kementerian Kesihatan, orang ramai berpeluang untuk membantu dan menjalankan tanggungjawab premis makanan bebas asap rokok.

Advertisement

“Caranya dengan melaporkan tindakan individu yang masih berdegil kepada pihak berkuasa melalui aplikasi Whatsapp”

Tambah laman itu lagi, pengguna boleh menghantar bukti kesalahan, nama restoran, waktu dan lokasi kejadian dilakukan ke nombor 0108608949 atau boleh terus membuat panggilan ke 0388924530.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top