BM | EN | 中文

Bernasib baik dapat tiket Piala Sumbangsih

IMG-20200228-WA0063.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 FEB: “Alhamdulillah, nasib baik sempat dapatkan tiket perlawanan malam ini,”.

Demikian luah Mohd Izrin Mohammad Izahar, 38, penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila berjaya mendapatkan tiket perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT menentang Kedah.

“Susulan berita tiket online sudah habis dijual, awal pagi lagi saya sudah sampai stadium.

Advertisement

“Ketika itu pun sudah ramai orang beratur, nasib saya baik apabila sempat mendapatkan tiket,” katanya kepada Johorkini, semalam.

Bercakap mengenai harapan perlawanan Piala Sumbangsih antara Kedah dan JDT malam ini, Mohd Izrin yakin kemenangan berpihak pada Johor dengan keputusan 3 – 0.

Lain pula ceritanya bagi Azman Haron, 29, penyokong JDT dari Batu Pahat yang hampa kerana tidak sempat mendapatkan tiket perlawanan malam ini.

Advertisement

“Saya sampai ke stadium baru ini jam 6.30 pagi dari Batu Pahat. Kecewa juga bawa motor seorang diri jauh daripada Batu Pahat tapi tidak dapat tiket,” ujarnya.

Bagaimanapun, kedua-dua penyokong Harimau Selatan ini berharap JDT dapat memberikan persembahan terbaik untuk aksi permulaan musim baharu di stadium baharu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top