BM | EN | 中文

Berlumba haram di Lebuhraya Senai-Desaru, tujuh mat rempit ditahan

Tujuh-mat-rempit-ditahan-berlumba-haram-di-Lebuhraya-Senai-Desaru.jpg

Gambar Ehsan Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 FEB: Sekumpulan tujuh mat rempit ditahan polis ketika sedang leka berlumba haram dan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru, dekat sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Supt M. Kumarasan berkata kesemua lelaki berumur antara 17 dan 23 tahun itu ditahan pada 8 malam selepas pihaknya bertindak atas maklumat berkaitan lumba haram dan aktiviti samseng jalanan.

“Lebuhraya Senai-Desaru merupakan lokasi panas bagi aktiviti samseng jalanan berdasarkan aduan lepas yang diterima. Hasil operasi berterusan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor berjaya mengekang masalah sosial ini daripada terus berleluasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata polis turut menyita tujuh motosikal milik kesemua lelaki tersebut yang kini ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Perkara 16(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Kumarasan berkata seorang daripada mereka didapati positif dadah methamphetamine dan turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau menasihati ibu bapa agar memantau aktiviti anak-anak ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini supaya tidak terjebak dalam aktiviti seumpama itu.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top