BM | EN | 中文

BERJASA BUKAN ‘TEST MARKET’

Badhrulhisham.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 5 NOV: Keputusan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bukan untuk ‘test market’.

Presidennya, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, dia sebaliknya membuat keputusan untuk bertanding bagi memberi pilihan kepada pengundi tempatan khususnya masyarakat Melayu Islam.

Advertisement

Katanya, sebelum ini pihaknya telah memberitahu akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu.

“Kami bertanding dalam PRK ini bukan untuk ‘test market’, sebaliknya kami jelas dengan perjuangan kami untuk memperjuangkan nasib Melayu Islam.

“Kami tidak mempunyai masalah dengan UMNO dan Pas malah menyokong kerjasama mereka, namun kami kecewa apabila mereka meletakkan calon dari MCA,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyantuni penduduk setempat di Rambah, di sini, hari ini.

Badhrulhisham turut memberitahu Berjasa merupakan calon alternatif buat penduduk khususnya pengundi Melayu yang turut kecewa dengan calon BN.

“Saya juga tidak banyak nampak jentera UMNO dan Pas dalam kempen calon MCA ini.

Advertisement

“Saya yakin pengundi Melayu berasa serba salah untuk memilih calon. Jadi saya mohon mereka untuk memikirkan masa depan Melayu dan Islam sebelum membuat pilihan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top