BM | EN | 中文

Berita penangkapan Datuk Seri Nicky Liow palsu – Ayob Khan

ayob-khan-polis-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 MAC: Polis Johor hari ini mengesahkan berita penangkapan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang dipercayai dikehendaki untuk siasatan sindiket pengubahan wang haram dan kesalahan kumpulan jenayah terancang baru-baru ini, adalah palsu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya masih meneruskan usaha mengesan suspek itu dengan kadar segera untuk membawanya ke muka pengadilan.

“Pihak polis Johor ingin menegaskan kepada orang ramai untuk tidak menularkan ataupun menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian mengulas tular sejak semalam menerusi media sosial mengenai berita penangkapan Liow yang tular.

Ayob Khan dipetik sebagai berkata pihaknya sedang mengesan suspek berumur 33 tahun itu.

Alamat terakhir Liow ialah di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor dan merupakan pengasas Winner Dynasty Group dan suspek dikehendaki untuk siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Advertisement

Suspek dipercayai terbabit dalam sindiket yang terlibat dengan banyak penipuan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top