BM | EN | 中文

Berita kematian adik Damia palsu – MB

IMG-20200113-WA0014.jpg

Dr Sahruddin Jamal di temuramah wartawan selepas melawat Nur Dinie Damia di HSA.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JAN: Berita kematian mangsa influenza, Nur Dinie Damia Muhammad Nur Ain yang tular di media sosial hari ini merupakan berita palsu dan tidak benar.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal memberitahu, Nur Dinie Damia kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

“Saya dimaklumkan adik Damia mengalami masalah kegagalan buah pinggang dan hati untuk berfungsi.

Advertisement

“Buat masa sekarang, pihak hospital sedang berusaha untuk menstabilkan keadaannya,” katanya kepada wartawan selepas menziarahi Nur Dinie Damia di HSA, petang tadi.

Hari ini tular dakwaan yang mengatakan Nur Dinie Damia telah meninggal dunia akibat dijangkiti influenza sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Tambah Dr Sahruddin, setakat ini seramai 10 orang telah disahkan dijangkiti influenza dan sedang mendapatkan rawatan di HSA.

Advertisement

“Saya juga mahu menasihati orang ramai untuk lebih peka dan menggalakkan anak-anak memakai topeng muka kerana penularan virus ini biasanya melalui air liur,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top