BM | EN | 中文

BERITA BAIK BUAT USAHAWAN JOHOR

hari-bertemu-pelanggan-2019-pujb.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 SEPT: Hari bertemu pelanggan sempena Misi Jejak PKS 2019 (Edisi Pembiayaan) akan diadakan pada 8 September 2019 (Ahad) di Dataran Segamat, Johor dari jam 3.00 petang hingga 10.00 malam.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) khusus buat usahawan atau bakal usahawan yang ingin mengetahui lanjut berhubung maklumat asas teknik pembiayaan perniagaan serta penyelesaian berkenaan permasalahan dalam perniagaan.

Usahawan dan bakal usahawan Johor juga  berpeluang untuk mengetahui cara mendapatkan pembiayaan dengan berkesan serta mendapatkan bantuan pembiayaan dari agensi-agensi yang turut hadir.

Advertisement

Bagi program yang memberikan pelbagai maklumat dan manfaat kepada usahawan ini, tiada sebarang yuran dikenakan.

Kepada usahawan yang berminat, boleh mendaftar secara atas talian melalui pautan berikut:

http://bit.ly/PKSSEGAMAT

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top