BM | EN | 中文

Berita baik buat penyokong Harimau Selatan

jersi-JDT.jpg

Tunku Abu Bakar (tengah) ketika melancarkan jersi JDT bagi musim 2020

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB: Berita baik buat penyokong Harimau Selatan kerana jersi baharu Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2020 telah dilancarkan di Dataran Bandaraya, Johor Bahru, di sini malam tadi.

Pelancaran jersi JDT kali ini telah disempurnakan oleh Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Turut hadir Menteri besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia/ Thailand, Ernest Rodrigues.

Advertisement

Bagi memudahkan para penyokong yang berada di luar dari Johor Bahru, jualan serentak jersi ini telah diadakan di 10 lokasi berasingan setiap daerah seluruh Johor sejurus selepas gimik pelancaran selesai.

Jersi JDT bagi musim 2020

Menurut pihak media JDT, ketiadaan nama penaja di bahagian hadapan jersi sinonim dengan Misi 1billion.

“Perkara ini menggambarkan kelab ini mampu berdiri sendiri dengan nilai komersial yang ada pada JDT,” katanya.

Advertisement

Bercakap mengenai simbol dan makna pada jersi baharu ini, pihak media JDT menjelaskan warna merah biru pada jersi utama (home) melambangkan negeri Johor.

“Manakala warna putih bagi jersi kedua melambangkan stadium baharu sementara warna emas sebagai simbolik pada kejayaan-kejayaan JDT,” katanya lagi.

Sempena majlis pelancaran jersi ini, pelbagai aktiviti dilaksanakan khas untuk penyokong Harimau Selatan seperti pertandingan ‘push bike’, persembahan Didi & Friends serta persembahan artis.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top