BM | EN | 中文

Berikutan Covid-19, KWSP cawangan Kluang ditutup sementara

kwsp-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 30 MEI: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabat dan kaunternya di Kluang, Johor bermula hari ini sehingga dimaklumkan selepas kakitangannya di cawangan terlibat didapati positif COVID-19.

Dalam kenyataan hari ini, KWSP berkata penutupan itu dibuat berikutan pematuhan kepada arahan Kementerian Kesihatan kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.

“Ahli yang telah membuat janji temu dalam tempoh ini dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka melalui janji temu online.

Advertisement

“Ahli juga boleh ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan lain atau lakukan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara online melalui i-akaun.

“Amalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19. Utamakan keselamatan kerana ia tanggungjawab kita bersama,” menurut kenyataan itu.

Selain Kluang, turut ditutup cawangan KWSP Kuala Terengganu, Terengganu.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top