BM | EN | 中文

Berikan saya formula Bersatu dominan jika bersama PN – Dr Maszlee

Maszlee-Malik.gif
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 7 JUN: Ahli parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mengajukan soalan kepada anggota Parti Pribumi Bersatu untuk membentangkann formula untuk parti itu kekal dominan di dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataannya hari ini Maszlee berkata, hal itu antara persoalan yang dibincangkannya dengan ahli-ahli Bersatu di peringkat akar umbi.

“Setiap kali saya bertemu dan berbincang dengan ahli-ahli dari akar umbi, inilah yang akan saya bentangkan.

Advertisement

“Berikan kepada saya formula untuk Bersatu kekal dominan jika bersama PN seperti yang diuar-uarkan?

“Berikan saya satu sahaja sebab kenapa Zahid Hamidi dan Najib Razak mahu memberikan peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi calon Perdana Menteri sekali lagi pada PRU15 nanti? kata Maszlee dalam kenyataannya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu turut memberikan senario bahawa ‘bergayut di atas dahan PN’ adalah jalan yang sukar dan payah untuk parti itu berperanan dalam gabungan PN.

Advertisement

Antara contoh diberikannya merujuk kepada rekod UMNO yang bertanding 105 kerusi di Semenanjung dan menang sebanyak 46 kerusi.

Justeru itu katanya, nisbah kekuatan UMNO ialah 46 daripada 105, bersamaan dengan 43.8 peratus.

Manakala gabungan PN, iaitu parti PAS bertanding 144 kerusi dan menang 18 kerusi dengan nisbah kekuatan 18 daripada 114, bersamaan dengan 12.5 peratus.

Advertisement

Manakala Bersatu bertanding 52 kerusi dan menang 13 kerusi yang menisbahkan kekuatan Bersatu kepada 13 daripada 52 kawasan parlimen ditandingi, sebanyak 25 peratus.

Katanya, semasa pilihanraya umum (PRU) ke-14 lalu, sebanyak empat kerusi ditandingi Bersatu melawan MIC, MCA atau Gerakan, namun pada pilihanraya kecil (PRK) di Tg Piai membuktikan MCA mampu merampas semula kerusi Bersatu.

“Adakah pada PRU-15, Gerakan dan MCA sanggup memberikan laluan kepada Bersatu? soal Maszlee.

Advertisement

Selain itu di Johor kata Maszlee, kerusi Kota Tinggi dan Pengerang telah berlaku pertandingan satu lawan satu antara Bersatu dengan UMNO.

“Selaku Presiden Bersatu dan orang Johor, adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat berunding agar UMNO memberikan laluan kepada Bersatu bertanding di Kota Tinggi dan Pengerang tanpa tentangan? soalnya lagi.

BACA: Bersatu Simpang Renggam tolak lantikan Muhyiddin ganti Dr Maszlee

Advertisement

Tambah beliau lagi, di kawasan yang rata-rata pengundinya bukan Melayu telah disandang Bersatu sebelum ini, dibimbangi sokongan sukar diperolehi Bersatu kerana kemenangan di bawah Pakatan Harapan (PH) sebelum ini ialah hasil dari sokongan DAP.

“Saya memberikan senario yang mudah sebegini untuk memahamkan ahli dan akar umbi, bergayut di atas dahan PN adalah jalan yang sukar dan payah.

“Itupun jika PN setuju ditubuhkan oleh UMNO dan PAS,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top