BM | EN | 中文

Berikan aksi terbaik menentang UAE – Reezal Merican

reezal-merican-harimau-malaya.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Selepas mengharungi persiapan intensif sejak dua minggu lalu, barisan pemain negara diharap menjelmakan aksi terbaik apabila berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, tengah malam ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, secara individu beliau menghargai komitmen diberikan barisan pemain serta semua pihak termasuk pengurusan pasukan negara, sepanjang kempen kelayakan itu.

Beliau berkata tidak kira siapa pun dipilih ketua jurulatih Tan Cheng Hoe untuk diturunkan pada aksi di Stadium Zabeel, Dubai itu, setiap pemain negara perlu membalas kepercayaan itu dengan memberikan persembahan terbaik.

Advertisement

“Aidil Zafuan sebagai kapten pimpinlah pasukan, penjaga gol Farizal Marlias pertahankan (gawang) balk-balk, begitu juga semua pemain sandaran kita Safawi, Matt Davies, Sumareh dan De Paula, serta semua yang saya tak mampu sebut, berikan hanya yang terbaik,” katanya dalam video di laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Reezal Merican turut mengajak seluruh penyokong skuad Harimau Malaya, untuk terus memberikan sokongan padu kepada skuad kebangsaan dengan menonton perlawanan itu, yang akan disiarkan secara langsung di TV1 dan Astro Arena jam 12.45 tengah malam ini.

Selepas menentang UAE, Malaysia akan meneruskan saingan Kumpulan G kempen kelayakan itu berdepan Vietnam dan Thailand, masing-masing pada 11 dan 15 Jun di Dubai.

Advertisement

Malaysia kini menduduki tempat kedua dengan perbezaan dua mata di belakang pendahulu Vietnam yang mengumpul 11 mata, sementara Thailand ketiga (lapan mata), UAE keempat (enam mata) dan Indonesia di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top