BM | EN | 中文

Beri bantuan pada anak-anak yatim piatu sehingga ke pengajian tinggi – MP Kulai

teo-nie-ching.png

Gambar Ehsan headtopics.com

Advertisement

KULAI, 26 OKT: Kerajaan perlu memberikan bantuan kepada anak-anak yatim untuk melanjutkan sokongan dan bantuan pendidikan sehingga golongan ini memperoleh ijazah sarjana muda pertama mereka di mana-mana IPTA.

Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia bagi membantu anak-anak yatim piatu yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Kerajaan sebelum ini menyatakan seramai 5,173 orang anak yang menjadi yatim dan yatim piatu kerana wabak Covid-19.

Advertisement

Difahamkan, Yayasan Keluarga Malaysia akan bertindak sebagai institusi yang akan membantu golongan ini dalam memperoleh sokongan terutama daripada aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.

“Saya menyokong dan menyambut baik usaha dan inisiatif kerajaan ini untuk membantu anak yatim piatu kerana wabak Covid-19.

“Tetapi, bantuan dan sokongan daripada aspek pendidikan tidak harus henti apabila mereka mencapai usia 18 tahun.

Advertisement

“Hak untuk menuntut pengajian tinggi adalah satu hak asasi pada zaman ini.

“Untuk golongan yang hilang kedua-dua ibu bapa mereka kerana wabak Covid-19, apatah peluang mereka untuk menuntut pengajian tinggi kalau Yayasan Keluarga Malaysia hentikan segala bantuan apabila mereka mencapai umur 18 tahun? kata Nie Ching, seperti dilaporkan Roketkini

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri turut berkongsi kisah 13 orang anak yang masih kecil usianya daripada dua buah keluarga yang hilang tempat bergantung dan berpaut kasih.

Advertisement

Mereka ialah adik Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang terpaksa menjaga 7 adiknya manakala adik Hadrami Hasil menjadi kepala keluarga pada usia 11 tahun untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama 4 adiknya termasuk adik bongsu yang baru berusia 3 tahun.

Justeru itu kata Nie Ching, untuk golongan ini, yang hilang bukan sahaja ibu bapa, bahkan waktu-waktu bahagia, membesar sebagai kanak-kanak biasa.

“Bagi adik Nazurah Nabilah Benyajeed, dia bukan sahaja memerlukan bantuan untuk menjaga tujuh orang adiknya, tetapi juga bantuan untuk menuntut pengajian tinggi.

Advertisement

“Sama juga untuk adik Hadrami Hasil dan sekiranya dia dibenarkan untuk meneruskan pengajian di IPTA selepas mencapai umur 18 tahun, sudah pasti boleh memberi sokongan dan jagaan yang lebih baik untuk adik-adiknya.

“Saya harap Perdana Mentri boleh mempertimbangkan rayuan saya, supaya mereka tidak akan hilang peluang untuk menuntut pengajian selepas kehilangan ibu bapa kerana wabak Covid-19,” kata mantan timbalan menteri pendidikan itu lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top