BM | EN | 中文

Bergson kekal bersama JDT

Bergson.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 MEI: Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengesahkan pemain import dari Brazil Bergson da Silva kekal bersama kelab itu sekurang-kurangnya sehingga akhir musim ini, selepas menandatangani perjanjian secara tetap.

Pengarah Sukan JDT Martin Prest mengumumkan perkara berkenaan melalui laman Facebook rasmi pasukan, Johor Southern Tigers, namun tidak menyatakan secara terperinci kandungan perjanjian antara kedua-dua pihak itu.

Bergson, 30, sebelum ini dipinjamkan selama empat bulan daripada kelab Brazil, Fortaleza sudah meledakkan 11 gol dalam saingan liga elit domestik dan tempoh pinjamannya bersama JDT akan berakhir hujung bulan depan.

Advertisement

Dengan pengumuman ini, bermakna Bergson selaku penyerang utama sepanjang musim, mempunyai tanggungjawab mengemudi jentera serangan JDT menjelang kempen Liga Juara-juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 bulan depan.

Terdahulu, Harimau Selatan mengumumkan sudah mengikat pemain kelahiran Australia, Shane Lowry secara perpindahan percuma daripada kelab Al Ahli yang bersaing dalam saingan Liga Qatar.

Menurut kenyataan itu, Lowry, 31, pernah beraksi bersama beberapa kelab Liga lnggeris iaitu Leeds United, Sheffield United, Milwall dan Leyton Orient selain pernah beraksi dengan kelab Perth Glory dalam saingan Liga Australia (Liga-A).

Advertisement

JDT mengungguli kedudukan Liga Super dengan mengumpul 30 mata selepas 13 perlawanan, menyasarkan kejuaraan kelapan berturut-turut musim ini.

Skuad Harimau Selatan kendalian ketua jurulatih Benjamin Mora, dijadual berdepan Nagoya Grampus dari Jepun, Pohang Steelers (Korea Selatan) dan Ratchaburi FC (Thailand) dalam saingan kumpulan G, Liga Juara-juara AFC di Thailand pada 22 Jun hingga 7 Julai.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top