BM | EN | 中文

Bergson Da Silva sertai JDT secara pinjaman

Bergson-Da-Silva-Sertai-Johor-Darul-Tazim.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 MAC: Kelab divisyen pertama liga bola sepak Brazil, Fortaleza mengumumkan pemain mereka, Bergson Da Silva menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman.

Perkara ini dikongsikan oleh Fortaleza menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Bergson akan beraksi bersama JDT selama empat bulan.

Laman Vocket FC melaporkan, skuad Harimau Selatan itu mempunyai pilihan sama ada menandatangani pemain itu secara tetap atau mengembalikan Bergson apabila tempoh pinjaman tamat.

Advertisement

Selain itu, Fortaleza turut menerima yuran pinjaman sebanyak $100,000 atau RM400,000 hasil daripada urus niaga mereka bersama juara bertahan Liga Super itu.

Sebelum ini, JDT menandatangani penyerang dari Argentina, Jonathan Herrera bagi menggantikan Diogo Luis Santo yang memutuskan untuk meninggalkan pasukan.

Namun, pemain berusia 29 tahun itu kemudiannya dipinjamkan ke Club Atlético Independiente setelah JDT dilaporkan menerima tawaran yang baik dari kelab tersebut.

Advertisement

Pengganti Herrera, Bergson Da Silva pula sebelum ini telah beraksi sebanyak 14 perlawanan dan menjaringkan 3 gol.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top