BM | EN | 中文

Berbanding negara lain, mengapa darurat di Malaysia sehingga tujuh bulan?

Lim-Kit-Siang.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Ahli parlimen Iskandar Puteri mempersoalkan mengapa tempoh darurat perlu diadakan dalam tempoh yang panjang, sehingga tujuh bulan.

Kit Siang berkata, adakah kerajaan Perikatan Nasional tidak mempunyai keyakinan terhadap pelaksanaan semula PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan di negeri-negeri tertentu untuk menghentikan penularan dan kematian akibat wabak Covid-19.

“Proklamasi darurat di negara-negara lain tidak berlangsung hampir selama tujuh bulan. Mengapakah perkara ini berlangsung selama ini di Malaysia?

Advertisement

“Muhyiddin juga perlu ingat bahawa negara lain di seluruh dunia telah pun mengisytiharkan keadaan darurat untuk melawan Covid-19 tanpa menggantung fungsi Parlimen atau legislatif mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Kit Siang, Muhyiddin mengatakan bahawa kerajaan perlu melawan wabak Covid-19 dan tidak sepatutnya bimbang dengan fungsi parlimen.

“Saya yakin bahawa Parlimen tidak akan menghalang undang-undang untuk memberikan kerajaan semua kuasa yang diperlukan untuk melawan wabak Covid-19 dengan efektif.

Advertisement

“Ini memandangkan semua rakyat Malaysia bersatu hati dalam tugas penting melawan wabak Covid-19,” katanya.

Terdahulu, beliau mempersoalkan keperluan menggantung fungsi Parlimen susulan pengumuman pengisytiharan darurat.

Menurut pemimpin veteran DAP itu, negara lain di seluruh dunia juga turut mengisytiharkan darurat dalam membendung Covid-19, tetapi masih meneruskan fungsi Parlimen atau legislatif mereka.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top