BM | EN | 中文

Berat untuk ditelan, tapi kesihatan dan keselamatan lebih utama – TMJ

Berat-untuk-ditelan-tapi-kesihatan-dan-keselamatan-lebih-utama-TMJ.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 15 NOV: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata keputusan tidak membenarkan pasukan itu menyertai saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Doha, Qatar bermula 18 November hingga 13 Disember begitu berat untuk ditelan.

Tunku Ismail dalam kenyataan rasmi di laman facebook Johor Southern Tigers berkata tindakan membatalkan saingan suku akhir Piala Malaysia juga dianggap keputusan yang berat untuk diterima.

“Walaupun tindakan membatalkan kejohanan Piala Malaysia dan tidak membenarkan JDT untuk bertanding di Liga Juara-Juara AFC adalah satu keputusan yang berat untuk diterima, saya yakin kerajaan telah melakukannya demi kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia.

Advertisement

“(Ini) termasuk keluarga-keluarga semua pihak terbabit kerana kes-kes Covid-19 semakin meningkat dan situasi ini akan menjejaskan kelangsungan hidup jika berterusan.

“Sesiapa sahaja tidak terlepas dari ancaman Covid-19.

“Sebagai contoh pemain bintang Mesir, Mohamad Salah juga telah disahkan positif apabila tiba untuk perlawanan antarabangsa walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom. Ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan kita tidak boleh mengambil sebarang risiko,” katanya.

Advertisement

Tunku Ismail juga bersetuju dengan pandangan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berhubung keputusan kerajaan itu.

“Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT sudahpun menyatakan kekecewaan kelab kerana musim 2020 berakhir begitu sahaja.

“Tetapi kami akur dengan keputusan kerajaan dan memahami bahawa kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia adalah penting demi masa depan negara.

Advertisement

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini mengesahkan JDT tidak dibenarkan untuk menyertai saingan ACL malah beliau juga memaklumkan kepada kelab berkenaan larang itu.

Situasi berkenaan mengundang persoalan apabila juara Liga Super tujuh musim berturut-turut mungkin berhadapan tindakan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Berdasarkan perkara 6.2 peraturan kejohanan AFC, mana-mana pasukan yang menarik diri selepas peringkat kumpulan kejohanan itu bermula boleh didenda sehingga AS$50,000 (RM206,400) dan penggantungan sebanyak dua edisi.

Advertisement

Namun difahamkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam akan mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John Paul berkenaan denda yang bakal dikenakan terhadap JDT.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top