BM | EN | 中文

Berada di rumah sepanjang masa – MKN

stay-home.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini hingga 31 Mac ini kecuali untuk memenuhi keperluan asas, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

MKN, dalam kenyataan, berkata orang ramai juga diingatkan agar mengamalkan penjarakkan sosial daripada orang sekeliling supaya dapat mengelakkan jangkitan COVID-19.

Susulan pengisytiharkan perintah tersebut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu, orang ramai diminta mematuhi semua peraturan yang diputuskan oleh pihak berkuasa, menurut kenyataan tersebut.

Advertisement

Menurut MKN, lanjutan daripada pengisytiharan itu, MKN dan Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan lain semalam bagi memperincikan pelaksanaannya agar perintah itu berjalan dengan baik dan lancar.

“Untuk memastikan keperluan orang ramai tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, terdapat perkhidmatan tertentu iaitu ‘penting’ dan ‘bukan penting’ dibenarkan beroperasi,” lapor Bernama.

“Bagi melaksanakan perintah tersebut, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan hari ini,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota RELA turut telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Perkara itu perlu dipatuhi bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan itu.

Berikut senarai perkhidmatan ‘penting’ di bawah Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 yang dibenarkan beroperasi:

Advertisement

1. Perkhidmatan perbankan, kewangan dan bursa

  • Perkhidmatan ATM (beroperasi)
  • Perkhidmatan dalam talian (beroperasi)
  • Pengurusan mesin ATM/ CDM/ Cek/ keselamatan (beroperasi)
  • Pentadbiran am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
  • Perkhidmatan kaunter (beroperasi pada kadar minimum)
  • Bursa Saham (beroperasi)

2. Perkhidmatan elektrik dan tenaga

  • Pembaikan/ penyelenggaraan/ operasi (beroperasi)
  • Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minima/ bekerja dari rumah)

3. Perkhidmatan bomba

Advertisement
  • Operasi kebombaan (beroperasi)
  • Bilik gerakan (beroperasi)
  • Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)

4. Perkhidmatan Pelabuhan dan Lapangan Terbang

  • Operasi Pelabuhan dan Lapangan Terbang (beroperasi)
  • Pentadbiran Am / lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)

5. Perkhidmatan Pos dan Kurier

  • Operasi Pos /Kurier (beroperasi)
  • Perkhidmatan Kaunter (beroperasi)
  • Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/bekerja dari rumah)

6. Penjara/Pusat tahanan sementara/ Depo Imigresen/Pusat Serenti/ Lokap

Advertisement
  • Operasi (beroperasi)
  • Lawatan /Kunjungan (beroperasi)
  • Pentadbiran am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/bekerja dari rumah)

7. Bahan Api dan Pelincir

  • Stesen Minyak (beroperasi)
  •  Pengeluaran/penapisan /penyimpanan/pembekal/pengedaran (beroperasi)
  • Pentadbiran Am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)

8. Perkhidmatan Kesihatan

  • Operasi Kesihatan/ Klinik/ Farmasi Awam dan Swasta/ Kedai Ubat Tradisional berdaftar/ Veterinar/ Pusat Dialisis (beroperasi)
  • Pusat Rawatan Alternatif (Tutup)
  • Pentadbiran Am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
  • Lawatan pesakit (tidak dibenarkan kecuali kes-kes kritikal berdasarkan peraturan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia)

9. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembentungan

Advertisement
  • Operasi (beroperasi)
  • Pentadbiran Am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/bekerja dari rumah)

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top