BM | EN | 中文

Bengkel kereta, kedai membuat keranda di Taman Gembira terbakar

IMG-20200110-WA0005.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JAN: Sebuah bengkel kereta dan sebuah kedai membuat keranda terbakar dalam kejadian yang berlaku di Jalan Riang 22/1, Taman Gembira di sini, malam tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan dua buah kenderaan iaitu sebuah motosikal dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba M Yogalingam berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 8.07 malam.

Advertisement

Katanya, sebanyak dua jentera, satu jentera EMRS dan satu jentera Water Tanker dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tebrau dan BBP Larkin dengan kekuatan seramai 18 orang anggota telah dihantar ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta jenis kekal yang terbakar 20 peratus dan sebuah kedai membuat keranda jenis kekal yang terbakar 10 peratus.

“Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Waja terbakar 10 peratus dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 yang terbakar 80 peratus.

Advertisement

“Pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran 200 kaki, sumber air dari tangki pam jentera FRT dan jentera Water Tanker,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada jam 9.32 malam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top