BM | EN | 中文

BENDERA TERBALIK: EXCO SARAN MASYARAKAT JANGAN KERUH KEADAAN

F32ACAC7-E3A7-4A2C-B93F-149C96A62DFB.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 OGOS: Masyarakat diminta supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan serta mengambil tindakan sendiri berhubung isu pemasangan bendera kebangsaan secara terbalik seperti yang berlaku di beberapa lokasi dalam negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor Dzulkefly Ahmad berkata masyarakat seharusnya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menangani isu tersebut.

“Negara kita mempunyai peruntukan undang-undang sendiri. Cara kita menegur itu biarlah secra berhemah dan kesilapan yang tidak disengajakan itu boleh kita maafkan.

Advertisement

“Tetapi kalau (memang) disengajakan, kita ada peruntukan dan biar pihak berkuasa menjalankan siasatan, jangan kita keruhkan lagi keadaan yang boleh mengundang perpecahan, rusuhan dan rasa tidak selesa (dikalangan masyarakat),” Dzulkefly berkata kepada wartawan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih 2019 yang masuk siri kedua yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, bertempat di Mydin Mutiara Rini, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Dzulkefly turut menggalakkan masyarakat untuk terus melaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pihak yang tidak bertanggungjawab menimbulkan isu yang boleh menggugat perpaduan diantara kaum dikenakan tindakan undang-undang.

Advertisement

Sementara itu, Dzulkefly yang juga Adun Kota Iskandar, memuji inisiatif Jabatan Penerangan untuk menterjemahkan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh wira-wira negara terdahulu dalam bentuk digital.

“Saya lihat pameran berkaitan sejarah kemerdekaan ini sangat bernilai tinggi dan saya rasa harus berkongsi bersama generasi baharu supaya mereka faham perjuangan.
“Saya lihat usaha ini sangat baik bagi mereka (generasi baharu) memahami perit jerih naratif perjuangan dalam menuntut kemerdekaan,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan kepentingan memelihara perpaduan diantara kaum dalam memastikan keteguhan negara.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top