BM | EN | 中文

Bendera putih: Individu OKU antara terima bantuan pusat khidmat parlimen Bakri

Individu-OKU-antara-terima-bantuan-pusat-khidmat-parlimen-Bakri.png
Advertisement

MUAR, 2 JUL: Seorang individu dari golongan orang kelainan upaya (OKU) yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan bertindak mengibarkan bendera putih di rumahnya mendapat perhatian pusat khidmat parlimen Bakri.

Menurut catatan di laman Facebook pusat khidmat tersebut, penghuni rumah itu yang merupakan sebagai buruh binaan dan kini tiada pekerjaan sehingga terpaksa meminta bantuan bekalan keperluan asas.

Difahamkan, maklumat mengenai individu tersebut diperolehi dari laman Facebook.

Advertisement

Rumah terakhir untuk hari ini ialah kediaman En. Sia. Beliau merupakan seorang OKU fizikal akibat kemalangan dua tahun lalu.

Sebelum ini, En. Sia hanya bekerja sambilan sebagai buruh binaan. Dalam waktu PKP, beliau kehilangan mata pencarian disebabkan sektor pembinaan yang tidak dibenarkan beroperasi.

En Sia tinggal bersendirian dan beliau masih lagi berusaha untuk mencari kerja untuk menampung kehidupan harian,” menurut catatan tersebut.

Advertisement

Justeru, pusat khidmat itu berharap bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima.

“Terima kasih kepada mereka yang prihatin dan melaporkan kibaran bendera putih,” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, pusat khidmat parlimen Bakri memaklumkan pihaknya menyediakan bantuan bakul makanan pada awal pagi pada setiap hari.

Advertisement

“Kami harap bantuan yang tak seberapa ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top