BM | EN | 中文

Benarkan operasi pemberi pinjam wang, kredit: Kerajaan tak boleh dilihat galakkan rakyat berhutang

Sheikh-Omar-Adun-Paloh.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KLUANG, 24 JUN: Kebenaran sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk beroperasi memberi gambaran salah terhadap pendekatan kerajaan dalam menangani isu ekonomi rakyat.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bahgarib Ali berkata, rakyat pada masa ini mengharapkan moratorium serta bantuan kewangan lain dan kebenaran operasi sektor itu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) tidak menangani isu ekonomi rakyat yang terkesan pada fasa pandemik.

“Kerajaan tidak boleh dilihat menggalakkan rakyat untuk terus menambah hutang. Ini satu gambaran yang culas dan tidak bertanggungjawab.
“Rakyat mahukan moratorium dan sokongan kewangan, bukan menambah beban hutang.

Advertisement

“Kerajaan sepatutnya merangka pelan pemulihan ekonomi lebih inklusif. Kemukakan jalan keluar, bukannya menambah beban ekonomi rakyat pada fasa pandemik ini.

“Sewaktu penguatkuasaan PKP, bisnes tidak dapat berjalan seperti biasa lagi, ramai yang hilang pekerjaan, hilang mata pencarian,” kata Sheikh Umar dalam kenyataannya hari ini.

Tambah beliau, rakyat berharap agar kerajaan menangani isu Covid-19 dengan segera dan berkesan.

Advertisement

“Soal pembekalan vaksin lebih cepat, pembukaan lebih banyak PPV dan sebagainya.

“Dengan kerajaan mengambil tindakan yang pantas, sekurang-kurangnya sektor-sektor ekonomi rakyat boleh segera dibuka dan dipulihkan,” katanya lagi.

Semalam kerajaan bersetuju membenarkan sektor Kredit Komuniti atau Pemberi Pinjam Wang yang berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk beroperasi sepanjang PKP 3.0, berkuat kuasa serta merta.

Advertisement

KPKT dalam kenyataannya berkata, persetujuan itu dicapai pada Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 18 Jun lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top