BM | EN | 中文

“Benarkan doktor perubatan tradisi Cina beroperasi”

Teresa_Kok.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Kerajaan diseru membenarkan doktor perubatan tradisi Cina (TCM) beroperasi demi memenuhi keperluan sesetengah pesakit yang memerlukan perkhidmatan mereka.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, keputusan kerajaan yang menghalang doktor TCM beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 sehingga 28 Jun 2021 adalah amat tidak munasabah dan akan menjejaskan pemulihan sesetengah pesakit.

Beliau berkata, kerajaan yang menghalang perkhidmatan doktor TCM untuk beroperasi dalam tempoh PKP telah mendatangkan kritikan yang kuat daripada persatuan doktor TCM dan juga masyarakat secara umum.

Advertisement

“Ramai orang tidak faham kenapakah doktor TCM dibenarkan menjalankan perkhidmatan dalam PKP yang lepas tetapi dilarang untuk beroperasi sekarang?

“Kerajaan tidak memberi sebab atas keputusan ini. Sebenarnya, Perubatan Tradisional dan Komplimentari merupakan salah satu bahagian di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bahagian TCM Ini menunjukkan KKM mengiktiraf TCM adalah salah satu cara perubatan yang dapat mengubati atau meringankan simptom sesetengah penyakit,” katanya lapor Roketkini.

Advertisement

Sehubungan itu, Teresa berkata, larangan kerajaan terhadap praktis doktor TCM dalam tempoh PKP 3.0 sekarang memang tidak masuk akal.

“Ini kerana inilah waktu yang mana paling ramai pesakit perlu perkhidmatan doktor TC&M,” katanya.

Tambahnya, doktor TCM haruslah dibenarkan untuk berkhidmat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top