BM | EN | 中文

BELUM DUA TAHUN, TAPI BANYAK KEBAIKAN DIBUAT

IMG-20191103-WA0056.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 3 NOV: Meskipun belum sampai dua tahun mentadbir, namun pelbagai kebaikan telah dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), menurut koordinator Jingga 13 Johor, Zabidie Abas.

Beliau berkata, antara fokus PH ialah pembangunan luar bandar yang bukan hanya dari sudut infrastruktur tetapi juga dari segi ekonomi dan pembangunan modal insan dalam konteks jangka masa panjang.

Advertisement

“Walaupun kerajaan PH baru memerintah kurang lebih dua tahun, namun banyak kejayaan dan kebaikan serta peluang yang diberikan masih tidak diketahui masyarakat umum.

“Khususnya penduduk yang tinggal di perkampungan dan warga emas yang kurang pendedahan dengan maklumat semasa.

“Jingga13 Johor bersedia membantu dan menyusun gerak kerja turun ke bawah, bertemu segenap lapisan masyarakat bagi memberi penjelasan yang sebenarnya,” kata Zabidie dalam satu kenyataan.

Advertisement

Antara kejayaan PH dalam tempoh kurang dua tahun di Johor ialah skim pemberian air percuma 10 meter padu kepada golongan B40, Insentif Harapan Siswa, Kad Sihat Johor dan pelupusan bayaran lesen penjaja di 16 PBT.

Justeru itu, Zabidie yang juga bekas Tokoh Belia Johor berkata, Jingga 13 bersedia membantu kerajaan negeri dengan turun ke akarumbi bagi memberikan penerangan ke kampung-kampung.

“Kami juga akan bergerak mendaftarkan golongan B40, E-kasih, I-Suri, Takaful Warga Emas, OKU dan sebagainya.

Advertisement

“Ia termasuk program jejak asnaf, fakir miskin, OKU, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada pengundi di Parlimen Tanjung Piai agar mengekalkan kemenangan Pakatan Harapan dengan mengundi calonnya Karmaine Sardini.

“Kepada pengundi luar, kami merayu agar semua balik mengundi bagi menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi kelak,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top