BM | EN | 中文

Belanjawan Selangor 2021: Lebih tiga juta penduduk dapat manfaat dari 43 inisiatif pakej prihatin Covid-19

Belanjawan-Selangor-2021-Lebih-tiga-juta-penduduk-dapat-manfaat-dari-43-inisiatif-pakej-prihatin-Covid-19.jpg

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 (Gambar Ehsan FB Amirudin Shari)

Advertisement

SHAH ALAM, 31 OKT: Kerajaan negeri Selangor berjaya melaksanakan 40 daripada 43 inisiatif bawah Pakej Selangor Prihatin fasa pertama dan kedua bagi menampung kesan wabak Covid-19.

Sejumlah RM264.4 juta, bersamaan 64 peratus, dibelanjakan daripada peruntukan lebih RM400 juta untuk manfaat lebih tiga juta penduduk, kata Menteri Selangor Besar, Datouk Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2021 semalam.

“(Pakej Selangor Prihatin) bertujuan memangkin ikhtiar membendung penularan Covid-19 dan menyerap dampak sosio-ekonomi penularan wabak tersebut,” katanya.

Advertisement

Pada 20 Mac lalu, Kerajaan Negeri membentangkan pakej fasa pertama dengan dana RM127.8 juta, manakala fasa kedua pula RM272.5 juta diperuntukkan pada 1 April lalu.

Tiga inisiatif yang masih berjalan seperti berikut:
– Bantuan kepada pesakit Covid-19
– Tabung khas bantuan Covid-19
– Inisiatif Selangor Pay yang ditambah baik menjadi Selangor Advance

Terdahulu Media Selangor melaporkan pada 13 Julai, kerajaan negeri membentang pakej fasa ketiga bernilai ekonomi RM55.85 bilion, termasuk di peringkat penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top