BM | EN | 中文

Belanjawan Johor tiada fokus pembangunan kerohanian secara menyeluruh

Norhayati-Bidin.jpg

Norhayati Bidin

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 NOV: Belanjawan Johor 2021 yang dibentangkan Khamis lalu dilihat tidak memberi penekanan secara khusus tentang pembangunan kerohanian rakyat di negeri ini.

Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Norhayati Bidin berkata, penekanan terhadap kerohanian penting dalam berhadapan dengan masyarakat yang kini hidup dalam pelbagai tekanan.

Katanya, pelbagai tekanan dialami masyarakat di negeri ini terutamanya soal ekonomi, sosial dan pendidikan yang menghimpit kehidupan.

Advertisement

“Berapa ramai hari ini yang mengambil keputusan untuk membunuh diri sepanjang PKP di negara ini?

“Dari 18 Mac hingga 30 Oktober yang lalu seramai 266. Purata 30 orang sebulan dikatakan telah melakukan perbuatan tersebut akibat tekanan ekonomi di negara ini.

“Statistik ini membimbangkan dan langkah segera perlu diambil seperti penerapan kerohanian dalam perancangan dari kerajaan perlu dilakukan,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau menambah agar kerajaan memberikan tumpuan dengan penglibatan pelbagai pihak untuk memberikan penerangan berkenaan kerohanian berkaitan gejala sosial bunuh diri tersebut.

“Kerajaan perlu menyediakan medium seperti pembabitan Jabatan dan Majlis Agama Islam Johor untuk turut serta dalam memberikan penerangan terhadap tindakan seperti berniat untuk membunuh diri yang dihukum sebagai dosa besar di dalam ajaran Islam.

“Selain itu medium tersebut boleh juga membuka peluang kepada NGO keagamaan dalam memberikan penerangan berkenaan dengan akhlak serta keyakinan kepada mereka yang mengalami tekanan hidup tersebut.

Advertisement

“Pembabitan rumah ibadat seperti masjid juga boleh dimanfaatkan untuk mendekati golongan tersebut melalui kariah tempatan masing-masing,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top