BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2022: Peruntukan untuk galak pelancongan Johor perlu ditambah – Adun Johor Jaya

liow-cai-tung-adun-johor-jaya.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 24 NOV: Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung mencadangkan kerajaan negeri menambah peruntukan kepada sektor pelancongan negeri termasuk program Baucar Pelancongan Johor.

Cai Tung dalam ucapan perbahasannya Belanjawan Johor 2022 berkata, tambahan peruntukan adalah wajar bagi menggalakkan sektor pelancongan di negeri ini.

“15,000 baucar tidak mencukupi di mana kita perlu menggalak pelancongan domestik untuk membantu ekonomi tempatan.

Advertisement

“Johor Jaya menyeru pihak kerajaan meningkatkan lagi peruntukkan dan bilangan baucer ini supaya dapat menjana lebih revenue apabila pelancong membuat kunjungan.

“Kedua, adalah penting untuk mewujudkan suasana pelancongan yang selamat kepada pelancong terutamanya dalam waktu endemik ini.

“Singapura sebagai negara yang terdekat dan menyumbang paling ramai jumlah pelancong ke negeri Johor. Ramai pelancong Singapura sudan menunggu-nunggu atas pembukaan sempadan Malaysia-Singapura,” kata Cai Tung.

Advertisement

Katanya, sektor pelancongan menghadapi cabaran besar semasa pandemik dan penting bagi kerajaan negeri merancakkan semula sektor pelancongan.

“Pihak kerajaan telah memperuntukan RM4 juta sebagai insentif khas kepada penggiat industri pelancong termasuk operator hotel bajet, operator chalet dan resort, pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancong.

“Ini adalah satu inisiatif galakkan yang baik. Namun, kalau kira, setiap penerima mendapat RM1,000 ke RM2,000 sahaja,” katanya.

Advertisement

Tambah beliau, bagi merangsang sektor pelancongan, peruntukan RM1.5 juta sebagai Baucar Pelancongan Johor telah dilancarkan awal bulan ini dan baucar ditebus sehingga 30 November.

“Adakah baucar ini sudah semua habis ditebus dan sektor mana yang paling ramai pelancong menebus baucer ini? soal Cai Tung.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top