BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2022: Masalah sosial jadi kebimbangan – Adun Maharani

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.png
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 24 NOV: Kebimbangan berkenaan dengan masalah sosial rakyat dibangkitkan di sidang Dewan Negeri (DUN) Johor.

Adun Maharani, Nor Hayati Bachok dalam perbahasannya di sidang DUN Johor semalam berkata, kesan negatif ke atas kesejahteraan sosial rakyat akibat tekanan Covid-19 ini harus didepani bagi suatu tempoh yang lama.

Beliau turut berasa lega kerana kerajaan Johor kini telah menyedari betapa pentingnya perlindungan sosial yang lengkap khususnya bagi golongan rentan, wanita dan kanak-kanak.

Advertisement

“Agenda Johor Prihatin yang memberi tumpuan kepada kumpulan rentan, kanak-kanak, wanita, warga tua dan orang kurang upaya (OKU) yang digariskan seharusnya juga diberikan peruntukan tambahan dan fokus khusus kepada isu-isu kesejahteraan keluarga yang kian serius dan mencatat statistik membimbangkan di Johor.

“Tidak cukup dengan meningkatkan sumber ekonomi dan kemahiran kepada wanita tetapi isu-isu kadar perceraian yang tinggi, keganasan rumah tangga, keganasan seksual wanita dan kanak-kanak amat kritikal untuk diberi tumpuan khusus dan intervensi di peringkat kerajaan negeri.

“Maharani memohon kerajaan negeri memohon daripada kerajaan Persekutuan khususnya KPWKM untuk menubuhkan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di daerah Muar untuk perlindungan mangsa keganasan rumah tangga.

Advertisement

“Kerajaan Negeri juga harus memulakan inisiatif First Support Point (Khidmat Sokongan Pertama) di semua pusat khidmat wakil rakyat negeri Johor sebagai sokongan awal kepada wanita dan kanak-kanak mangsa keganasan rumah tangga.

“First Support Point ini bakal menjadi langkah awal melaksanakan Dasar Keluarga Selamat di Johor bagi mencegah keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa daerah Muar mempunyai kadar perceraian tertinggi di negeri Johor.

Advertisement

“Isu ini dikhuatiri memberi kesan sosial buruk terhadap kesejahteraan keluarga dan anak-anak yang terjejas.

“Maka Maharani menyeru kerajan negeri menyediakan peruntukan khusus untuk intervensi pencegahan perceraian termasuk penambahbaikan kursus pra-perkahwinan di negeri ini untuk memperkukuh institusi keluarga, perlindungan wanita dan kanakkanak mangsa perceraian serta peruntukan khusus bantuan nafkah kepada anak-anak mangsa perceraian.

“Bagi Program Cari Orang Memerlukan Bantuan (COMB), Maharani meminta agar agihan program ini diperincikan di setiap daerah dan diperhalusi keberkesanannya. Untuk pelaksanaan program COMB ini di kawasan Maharani, Maharani sedia bekerjasama bagi mengenalpasti golongan sasar yang tepat supaya program mencapai matlamatnya,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top