BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2022: JPS terima RM76 juta, perlu kemuka kawalan banjir, cuaca ekstrem – Adun Mengkibol

chew-chong-sin-adun-mengkibol-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 19 NOV: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata belanjawan Johor 2022 dilihat tidak memberi tumpuan kepada isu penyelesaian, kawalan banjir dan cuaca ekstrem.

Kata Chew, Jabatan Pengairan dan Saluran (JPS) tidak mengemukakan sebarang tindakan pencegahan banjir terhadap cuaca ekstrem dan kawalan banjir negeri Johor.

“(Ini) termasuk banjir kilat teruk yang berlaku di Johor Bahru baru-baru ini.

Advertisement

“Tetapi, JPS telah diberikan peruntukan pentadbiran kira-kira RM76 juta (RM76,038,000) dan juga sejumlah RM43 juta (RM43,000,000) peruntukan pembangunan pada tahun 2021.

“Oleh itu, JPS harus umumkan kegunaan peruntukan pembangunan tersebut,” kata Chew dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan peruntukan kepada setiap Adun sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang demi berkhidmat pengundi.

Advertisement

“Daripada 56 kawasan DUN Johor, kebanyakannya terdiri daripada 20,000 hingga 40,000 orang pengundi.

“Tetapi 15 daripadanya mempunyai 40,000 hingga 70,000 pengundi.

“Justeru peruntukan itu perlu ditambah sewajarnya mengikut bilangan pengundi dan lebih peruntukan diberikan kepada kawasan DUN yang besar,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top