BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2022: IRDA perhebat usaha lengkapi agenda kesejahteraan Johor

Iskandar-Regional-Development-Authority-IRDA.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 NOV: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menyambut baik Belanjawan Johor 2022 dan akan memperhebat rancangannya untuk melengkapkan agenda kesejahteraan Johor.

Ketua Eksekutlf IRDA Datuk Ismail Ibrahim berkata sebagai wilayah ekonomi, dorongan ekonomi baharu keempat “Memperbaharui Pelaburan dan Ekosistem Ekonomi Hijau” akan memberikan rangsangan yang amat diperlukan untuk membina semula keyakinan dan menggalakkan pelaburan ke Iskandar Malaysia.

“Agenda keterangkumannya yang menyentuh pelbagai kumpulan rakyat jelas sepadan dengan matlamat dan tema ‘Memperhebat Kesejahteraan Johor untuk Belanjawan Johor 2022.

Advertisement

“Adalah wajar bagi kami untuk menyahut cabaran ini tahun depan dengan mengembangkan dan mempercepatkan projek dan program yang dirancang untuk memenuhi keperluan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata dengan pertanian moden sebagai sektor penggalak yang baharu diumumkan di rantau ini, peruntukan RM34 juta untuk pertanian dan program asas tani yang disediakan kepada Johor oleh Kementerian Kewangan dan pewujudan ‘Dasar Agromakanan Negeri Johor’ akan menjadi pemangkin untuk segera memulakan inisiatif pertanian moden.

“Malah, sejak kami mengumumkan mengenai sektor penggalakan pertanian moden, kami telah mengadakan beberapa penglibatan dengan pihak berkepentingan yang relevan dan berminat daripada agensi dan syarikat tempatan dan asing mengenai pelaksanaan dan penyampaian projek,” katanya.

Advertisement

Ismail berkata insentif khas untuk penggiat industri pelancongan dan rangsangan sektor selain menaik taraf infrastruktur pelancongan dan aktiviti pemasaran dilihat sebagai usaha mengukuhkan tawaran pembukaan semula dan pemulihan oleh hotel, pusat beli-belah, taman tema dan acara pusat perubatan di rantau ini.

Dengan projek-projek seperti Iskandar Rapid Transit (IRT), Landskap Sungai Segget dan Menaik Taraf Jalan Wong Ah Fook, Hab Wilayah @ Iskandar diteruskan atau bermula pada 2022. Ismail percaya Iskandar Malaysia akan terus memberikan manfaat limpahan kepada penduduk di rantau ini dan seterusnya kepada rakyat di Johor.

“Kami mempunyai pelbagai projek, program dan inisiatif yang telah pun memenuhi strategi dan matlamat Belanjawan Johor 2022.

Advertisement

“Namun, yang lebih penting, kami yakin tentang peluang dan mengambil pendekatan proaktif untuk merealisasikannya dengan cepat demi manfaat Iskandar Malaysia dan negeri Johor,” katanya.

Kerajaan negeri pada Khamis membentangkan bajet defisit kedua berjumlah RM286.47 juta untuk 2022.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top