BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2022 guna strategi perbelanjaan kitaran balas, optimakan sumber

MB-Johor-Hasni-Mohammad.jpg

Gambar Ehsan UKOM Pejabat MB Johor

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 NOV: Belanjawan Johor 2022 akan berlandaskan dua strategi kewangan iaitu perbelanjaan kitaran balas serta terus mengoptimumkan segala sumber yang ada pada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata sumber tersebut termasuk melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Beliau berkata Belanjawan Johor 2022 merupakan belanjawan mengembang dan kerajaan negeri berusaha meningkatkan perbelanjaan dan defisit fiskal untuk menjayakan pelbagai inisiatif yang telah dirangka.

Advertisement

“Sehubungan itu, usaha konsolidasi fiskal akan ditanggung sehingga terdapat tanda-tanda jelas bahawa asas pemulihan ekonomi sudah kukuh dan teguh.

“Jadikan ini sebagai tanda komitmen kerajaan negeri terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat Johor,” katanya ketika membentangkan belanjawan tersebut pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, pada Khamis.

Beliau berkata hasil negeri pada tahun depan diunjurkan berjumlah RM1.671 bilion manakala perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM1.958 bilion.

Advertisement

Belanjawan tahun hadapan mencatatkan defisit RM286.47 juta.

Johor membentangkan belanjawan defisit bagi dua tahun berturut-turut.

Hasni berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM1.087 bilion sebagai perbelanjaan mengurus yang akan merangkumi RM549.89 juta untuk emolumen; RM319 juta bagi perkhidmatan dan bekalan; RM22.67 juta disediakan untuk aset; RM182.03 juta bagi pemberian dan kenaan bayaran tetap serta RM13.92 juta dikhususkan untuk perbelanjaan lain.

Advertisement

Manakala bagi anggaran perbelanjaan pembangunan pula, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM870 juta, katanya.

“Secara keseluruhan, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas peruntukan sebanyak RM4.6 bilion bagi perbelanjaan pembangunan Rolling Plan 2 (2022) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi negeri Johor yang merangkumi 355 projek sambungan dan 79 projek baharu.

“Diharapkan sokongan kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peruntukan pembangunan ini akan diteruskan terutama melibatkan projek infrastruktur utama dan program sosial yang lain,” katanya.

Advertisement

Menteri Besar berkata untuk Belanjawan 2022, strategi bagi mempersiapkan negeri dan warga Johor akan turut dipacu oleh empat dorongan ekonomi baharu iaitu memperkasakan perlindungan sosial dan modal insan, mempertingkatkan jaminan bekalan makanan Johor; memperluas pendigitalan dan memperbaharu ekosistem pelaburan dan ekonomi hijau.

“Penumpuan pada dorongan ini adalah berdasarkan kesedaran dan cakna tentang impak besar yang boleh dibawa dalam usaha memulihkan dan memperkukuh ekonomi kita.

“Pada masa yang sama, 12 Agenda Kebajikan, Keberdayaan dan Keberhasilan Utama yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 juga bakal diteruskan dan ditambah balk,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top