BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2022: Anggaran denda lewat bayar cukai tanah 2022 bertambah empat kali ganda berbanding 2020 – Adun Mengkibol

adun-mengkibol-chew-chong-sin-belanjawan-bajet-2022.jpg
Advertisement

KLUANG, 20 NOV: Denda lewat bayar cukai tanah tahun 2022 dianggar sebanyak RM21,558,000, bertambah 4.51 kali ganda berbanding dengan RM4,781,318 pada tahun 2020.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, langkah itu dilihat tidak munasabah susulan banyak kilang dan peniaga kedai tidak beroperasi dalam tempoh PKP akibat wabak COVID-19.

Ia katanya memandangkan cukai tanah telah meningkat sejak 2020, walaupun telah diberikan rebat 15 peratus bagi 2020, rebat 10 peratus bagi 2021 dan rebat 5 peratus bagi 2022,

Advertisement

“Oleh itu, terdapat peniaga yang menang tidak mampu membayar cukai tanah tahun ini dan tahun depan.

“Denda sedemikian akan menyusahkan lagi peniaga sehingga mereka terpaksa memecat pekerja demi mengurangkan kos pentadbiran dan menyebabkan pemulihan ekonomi negeri Johor terjejas,” kata Chew dalam satu kenyataan.

Namun beliau mengalu-alukan kerajaan Johor menyediakan RM 100 juta pinjaman tanpa faedah kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Bank Rakyat dan Bank SME.

Advertisement

“Saya berharap tumpuan akan diberikan untuk membantu PKS yang menghadapi masalah operasi dan tidak dapat memperolehi pinjaman komersial bank, bukannya memilih syarikat yang baik kerana takut hutang lapuk,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top