BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2021: RM100 juta antara disediakan kepada usahawan PKS

IKS.png
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 27 NOV: Sejumlah RM100 juta dana disediakan kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak dengan kadar faedah munasabah serta syarat longgar.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dalam pembentangan Belanjawan Johor 2021 semalam berkata, dana itu akan diberikan menerusi satu skim pembiayaan, iaitu Johor Niaga– Bank Rakyat SME Loan dengan kerjasama Bank Rakyat.

Katanya perkara itu merupakan salah satu daripada lima inisiatif Agenda Johor Niaga sejajar usaha membolehkan lebih ramai usahawan mendapat pembiayaan.

Advertisement

“Inisiatif kedua ialah meringan beban penjaja dan peniaga dengan memberi pengecualian bayaran lesen bagi penjaja, peniaga PKS, mikro, sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam dan pasar pagi selama setahun berkuat kuasa dari 1 Januari 2021.

“Menerusi inisitiaf ketiga, sebagai usaha bagi menggalakkan perniagaan kecil-kecilan bertapak, pihak Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Johor akan menyediakan ruang dan peluang berniaga yang bersesuaian kepada peniaga kecil serta pengusaha food truck,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk melaksanakan Program Pembiayaan Sahabat Johor iaitu pembiayaan kredit mikro tanpa cagaran dan tanpa penjamin kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah melibatkan seramai 2,396 sahabat AIM yang terkesan akibat COVID-19 bagi inisiatif keempat.

Advertisement

“Inisiatif kelima pula adalah mempertingkatkan usaha sokongan dan latihan bagi sektor PKS, antaranya menerusi Geran Orang Lokal 3.0 yang akan digandakan jumlahnya daripada RM1.5 juta menjadi RM3 juta bagi membantu meningkatkan produktiviti seramai 240 pengusaha PKS.

“Skim Peningkatan Kapasiti dan Pembangunan PKS (Johor Entrepreneurs Enhancement Programme – JEEP), iaitu bantuan pembiayaan perbelanjaan modal pula akan dilaksanakan dengan peruntukan RM1 juta, insentif RM300,000 juga akan diberikan kepada PKS untuk
membuka akaun semasa dan pendigitalan usahawan melalui SME Go Digital serta pendaftaran harta intelek.

“Sejumlah RM2 juta akan diperuntukkan menerusi Program Pembangunan Setempat. Program yang dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) dan Jabatan Pertanian Negeri Johor itu bakal membantu petani dan pengusaha industri kecil sederhana untuk menyediakan modal, peralatan dan latihan,” katanya.

Advertisement

Selain itu, pihak Iskandar Investment Berhad (IIB) akan membangunkan Hab Inovasi Iskandar dalam usaha menyokong syarikat-syarikat start-up di Johor dengan kos pembangunan sebanyak RM2 juta.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top