BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2021: Ketua Pembangkang sentuh perihal Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor

Aminolhuda-Hassan-Parit-Yaani.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 29 NOV: Ketua Pembangkang DUN Johor Aminolhuda Hassan memohon agar kerajaan negeri mempertimbangkan untuk melihat semula usaha bagi pemantapan ekonomi di negeri ini dalam belanjawan yang dibentangkan minggu lalu.

Beliau yang turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri kerana mengusulkan beberapa inisiatif bagi mengatasi ketidaktentuan ekonomi rakyat, namun turut menyentuh beberapa perkara berkaitan pakej dalam Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor.

“Terdapat peruntukan kerajaan Johor yang tidak dibelanjakan langsung iaitu modal insan inisiatif bilangan 20 Perlaksanaan kursus jangka pendek bagi pekerja yang hilang perkerjaan berjumlah RM 3 juta dengan sasaran 1,000 peserta.

Advertisement

“Persoalannya, mengapakah inisiatif ini tidak dilaksanakan sedangkan kerajaan sedia maklum begitu ramai rakyat Johor yang kehilangan perkerjaan kerana penutupan SME, kantin sekolah, hotel, pemandu bas persiaran dan lain-lain,” katanya di Dun Johor hari ini.

Dalam pada itu, Adun Parit Yaani itu turut menyentuh soal inisiatif pada bilangan 21 iaitu penyampaian bantuan berjumlah RM 500 kepada nelayan negeri Johor dengan sasaran 4,152 berjumlah RM 2.076 juta.

“Saya ingin mendapatkan penjelasan mengapa insiatif ini tidak dilaksanakan sedangkan sasaran telah pun dikenal pasti dan peruntukan telah ada?

Advertisement

“Sewajarnya sebelum musim tengkujuh bermula semua nelayan telah memperolehi hak mereka yang telah diluluskan oleh kerajaan.

“Peruntukan yang dibelanjakan di bawah 25 peratus termasuklah untuk pelancongan iaitu inisiatif 16 yang berjulah RM 7 juta,

“Saya ingin mencadangkan supaya peruntukan ini disalurkan kepada inisiatif bilangan 20 supaya lebih ramai peserta yang hilang perkerjaan dapat mengikut kursus jangka pendek yang boleh mengubah masa depan mereka,” katanya lagi.

Advertisement

Dalam pada itu beliau yang mengalu-alukan penglibatan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menyumbang RM 9.1632 juta melebihi peruntukan asal RM 8.7268 juta dengan 14 inisiatif kepada 64,486 penerima.

Katanya, PBT menyumbang melebihi dari peruntukan asal yaitu RM 20,744,072.45 dari RM 18,346,655.40 melalui 17 inisiatif dengan sasaran penerima seramai 78,095.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top