BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2021: Kerajaan negeri galak penggunaan tanah untuk pengeluaran makanan

belanjawan-johor-2021-pertanian.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 JUN: Kerajaan negeri Johor akan memberi galakan dalam bentuk insentif tertentu bagi mengoptimumkan penggunaan mana-mana tanah yang berada di bawah program Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, instentif itu akan turut diberkan kepada program Zon Pelaburan Makanan Negeri (ZPMN) dan Zon Tanaman Makanan (ZTM) bagi tujuan pemakanan, sama ada yang telah diusahakan atau yang masih belum lagi diusahakan.

Perkara itu antara yang dikemukakan kerajaan negeri melalui pembentangan Belanjawan Johor 2021 semalam dalam Agenda Jaminan Makanan Johor sebagai antara tiga impetus ekonomi baharu.

Advertisement

‘’Faktor itu dirangka selepas melihat negeri Johor sebagai pengeluar terbesar bagi sayur-sayuran tanah rendah dan buah-buahan iaitu sebanyak 1.638 juta metrik tan, iaitu 35 peratus daripada jumlah pengeluaran dalam negara.

”Selain itu, Johor juga menjadi pengeksport utama produk pertanian ke negara seperti Singapura, Hong Kong dan Timur Tengah selain menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 16.2 peratus dengan jumlah RM 16.26 billion,” katanya.

Beliau berkata beberapa langkah awalan telah diambil dalam memastikan agenda ini dapat direalisasikan.

Advertisement

”Satu Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negeri Johor (JSMNJ) akan ditubuhkan segera.

“Jawatankuasa ini akan melibatkan semua pihak yang berkepentingan bagi merancang strategi untuk menjayakan agenda ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top