BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2021: Kerajaan negeri fokus isu rakyat

hasni-mohamad-belanjawan-2021.jpeg

Gambar Ehsan Makmur Johor

Advertisement

KOTA ISKANDAR, 19 OKT: Belanjawan Johor 2021 yang akan dibentangkan bulan depan akan memberi fokus terhadap usaha menangani permasalahan rakyat secara holistik.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, belanjawan berkenaan kini berada dalam fasa terakhir perbincangan dengan jabatan-jabatan yang terlibat.

“Dalam merangka Bajet 2021, kita melihat pelbagai perkara termasuk melihat semula garis kemiskinam baharu yang telah ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

Advertisement

“Selain itu, kita juga akan melihat bagaimana untuk meningkatkan kembali ekonomi dengan memberi tumpuan terhadap sektor penting seperti pembuatan dan perkhidmatan yang terjejas akibat Covid-19,” katanya, lapor laman Makmur Johor.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Taman YPJ, Kota Tinggi di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad, di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 10 penjawat awam menerima kunci rumah masing-masing yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar.

Advertisement

PPAM di Taman YPJ yang terletak di Bandar Akademi YPJ di Jalan Kota Tinggi berkeluasan 27.2 hektar dan mempunyai 694 unit rumah teres dua tingkat dengan Kos Pembangunan Kasar (GDC) RM230 juta.

Projek tersebut mula dibina pada Mei 2016 dan siap sepenuhnya serta mendapat Sijil Layak Menduduki pada 2 September lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top