BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2021: Bantuan khas setengah bulan gaji atau minima RM1,000 untuk penjawat awam

hasni-mohammad-1.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 26 NOV: Penjawat awam di negeri Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad semasa membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14, di sini hari ini.

“Kepada penjawat awam negeri Johor yang menjadi tulang belakang kepada kelancaran pentadbiran, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 kepada kakitangan kerajaan Johor dan kakitangan awam persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1 ribu.

Advertisement

“Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2020,” kata Hasni.

Tambahnya, bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada semua Guru KAFA, Petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Guru Tadika Islam Johor (TAJ).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top