BM | EN | 中文

Belanjawan Johor 2021: Agenda Johor Tani diperuntuk sekurang-kurangnya RM51 juta

hasni-mohammad-belanjawan-johor-2021.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 NOV: Seiring agenda jaminan bekalan makanan negeri Johor, sebagai langkah awal sekurang-kurangnya RM51 juta akan diperuntuk untuk menjana pertumbuhan sektor pertanian dan industri makanan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam pembentangan Belanjawan Johor 2021 hari ini berkata, sektor pertanian merupakan antara sektor industri pemacu utama ekonomi negeri Johor.

“Saya berharap agar jabatan-jabatan berkenaan dan organisasi di peringkat akar umbi akan menjadi agen perubahan dan pemudah cara
dalam pelaksanaan inisiatif yang akan dijalankan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Advertisement

Antaranya, program jaminan bekalan makanan akan dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM6 juta ringgit dengan melibatkan
kawasan tanaman seluas 2,168 hektar.

Inisiatif ini merangkumi projek pembangunan industri pengeluaran tanaman makanan utama seperti padi, kelapa, taman agromakanan dan pertanian moden.

Inisiatif kedua ialah bagi menghargai komitmen para pesawah di Kawasan Periuk Nasi Selatan dalam Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi Program Peningkatan Hasil Padi di Luar Jelapang.

Advertisement

Bagi inisiatif ketiga, untuk penerokaan pasaran baru bagi mengeksport makanan diteruskan dengan beberapa inisiatif strategik iaitu program Pembangunan Komoditi Berpotensi bagi memangkin penanaman healthy natural food, yang mempunyai permintaan yang tinggi dari luar negara.

“Program ini diberi peruntukan sebanyak RM790 ribu ringgit. Inisiatif ini disasarkan kepada pengusaha herba, madu, kopi, rempah ratus dan cendawan,” katanya.

Dalam pada itu, Program Pembangunan Pertanian Lestari dengan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membantu pengusaha memiliki sijil-sijil pengiktirafan seperti myGAP dan myOrganic bagi membantu penembusan pasaran yang lebih luas.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top